BEIJING: Gempa bumi pada magnitud 3.5 yang melanda Korea Utara berhampiran tapak ujian nuklear negara itu semalam, bukan akibat ujian nuklear, kata perkhidmatan seismik China selepas melaporkan gegaran yang 'disyaki letupan' sebelum itu.
Dalam kenyataan lewat semalam, Pusat Rangkaian Gempa China (CENC), berkata, kajian data infrasonik mendapati gegaran itu bukan disebabkan letupan nuklear, sebaliknya mempunyai sifat seperti gempa bumi semula...






