BUKAN mudah memikul tugas sebagai pengacara mengendalikan program besar yang berlangsung berjam-jam lamanya dalam sehari. Bahkan, ada acara yang berlangsung selama tiga atau empat hari.
Selain menjaga stamina, pengacara pameran perdagangan atau temasya keluarga perlu memastikan matlamat acara tersebut berjaya dicapai. Mereka juga perlu berusaha memastikan penganjur acara berpuas hati.





