TARIAN mampu mengembalikan keyakinan diri semula setelah lama kesenian itu tidak diasah kerana komitmen persekolahan.
Inilah yang dirasakan pelajar jurusan Sijil Nitec dalam Pakar Optik di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur, Cik Siti Nur Atiqah Samsel, 19 tahun, apabila beliau kembali menari tarian Melayu selepas tujuh tahun berehat.






