LAS VEGAS (Amerika): Biro Siasatan Federal (FBI) berkata setakat ini tiada bukti menunjukkan insiden tembakan rambang di Las Vegas Ahad lalu ada kaitan dengan kegiatan pengganasan.
Ini walaupun kumpulan pengganasan IS mengaku sebelum ini bertanggungjawab bagi kejadian itu, yang menyebabkan 58* orang mati dan lebih 527 cedera.






