BUKAN mudah baginya mengetepikan acara tanding yang sememangnya menjadi kegemarannya sejak mula berjinak-jinak dalam silat semasa berada di bangku sekolah rendah.
Namun, pesilat muda Nurzuhairah Mohammad Yazid terpaksa mengambil keputusan yang sukar itu - mengundurkan diri daripada acara tanding agar beliau dapat memberikan tumpuan pada dua acara seni - tunggal dan regu wanita - di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur...






