SEMANGAT berkobar-kobar kakitangan awam Abdullah Rohaizad mencapai kejayaan meraih ijazah Kepujian Kelas Pertama dalam bidang perakaunan didorong keluarganya yang menekankan budaya belajar sepanjang hayat.
Baru-baru ini, beliau bukan sahaja menamatkan pengajian di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) malah dipilih sebagai 'valedictorian' atau wakil pelajar dalam ucapan perpisahan.






