KEADAAN berjerebu yang melanda Singapura baru-baru ini terjadi disebabkan jirim zarah atau bahan partikel terkumpul di bawah angin yang bergerak perlahan, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).
NEA, yang mengeluarkan perkembangan harian mengenai keadaan jerebu, telah memberi amaran bahawa Singapura mungkin mengalami "keadaan yang agak kabur pada pagi hari" 17 Oktober lalu.






