SEBUAH kereta api di Laluan Timur-Barat (EWL) dipanah petir sekitar 4 petang semalam, menyebabkan masa perjalanan antara Tanah Merah dengan Paya Lebar terlambat selama sekurang-kurangnya 10 minit.
The Straits Times (ST) melaporkan bahawa adalah difahamkan mungkin sekurang-kurangnya seorang cedera akibat kejadian itu dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah mengerahkan ambulans ke stesen Tanah Merah.






