PENDAKWAH Islam dari Amerika, Encik Yusuf Estes, tidak dibenarkan memasuki Singapura pada 24 November lalu kerana pernah meluahkan pandangan yang disifatkan pihak berkuasa sebagai tidak boleh diterima dan bertentangan dengan nilai masyarakat Singapura yang berbilang bangsa dan agama.
"Pandangan memecahbelahkan sedemikian boleh mewujudkan sikap tidak toleran dan eksklusif yang boleh merosakkan keharmonian sosial, serta menyebabkan masyarakat berpecahbelah," kata Kementerian Ehwal...






