DEWAN Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) telah melantik seorang Pengarah Eksekutif (ED) baru, Encik Azrulnizam Shah Sohaimi, 34 tahun.
Lulusan bidang psikologi yang juga mantan Ketua Eksekutif Kelab Pasukan Home United itu berpengalaman selama lapan tahun dalam bidang pengurusan sukan.






