BAGI mereka yang kini bebas barah, amalan bercucuk tanam sayur di rumah mungkin dapat meningkatkan tahap kegiatan jasmani, menambah jumlah buah-buahan dan sayur dalam pemakanan dan rasa nilai diri lebih baik, kata penyelidik.
Hasil perbuatan sebegitu, golongan pekebun dalam kajian kecil itu juga kurang mencatat kenaikan berat badan berbanding rakan-rakan yang masih dalam senarai menunggu proses berkebun.






