LONDON: Penyerang sensasi Mesir, Mohamed Salah, mencipta rekod baru Liga Perdana dengan 32 gol sepanjang musim bagi menjamin tempat pasukannya, Liverpool, dalam Liga Juara-Juara musim depan menyusuli kemenangan 4-0 ke atas Brighton di hari terakhir liga kelmarin.
Kemenangan itu bermakna Liverpool tidak perlu menghiraukan keputusan perlawanan antara pasukan di tangga kelima yang masih berpeluang memintasnya, Chelsea, yang bertandang ke padang...






