SEBELUM terlibat dalam drama Bantal Buruk Saloma, pelakon popular Fizah Nizam dan Fir Rahman kurang mengetahui tentang skim penjagaan anak titipan yang wujud di Singapura.
Lantas, mereka kagum dengan usaha ibu bapa titipan yang sedia mencurah kasih sayang pada anak titipan seperti yang dipaparkan dalam drama khas Ramadan itu.





