SETIAUSAHA Tetap (Pembangunan Pertahanan) Encik Neo Kian Hong akan bersara daripada Perkhidmatan Pentadbiran pada 1 Ogos ini. Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam pada (18 April), Encik Neo, 54 tahun, akan bersara selepas khidmat cemerlang selama 35 tahun dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Perkhidmatan Pentadbiran. Perkhidmatan Awam mengucapkan terima kasih kepada Encik Neo atas khidmat gigih dan sumbangan cemerlang beliau...




