Pak Mamat ada kebun di kebunnya banyak haiwan
ada sekawan itik serati madang menyudu sepanjang hari kedek-terkedek belakang semak menghidu arah dedak secupak melenggang pinggul hentinya tidak

Pak Mamat ada kebun di kebunnya banyak haiwan
ada sekawan itik serati madang menyudu sepanjang hari kedek-terkedek belakang semak menghidu arah dedak secupak melenggang pinggul hentinya tidak
BARCELONA: Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho, akan menghidupkan semula salah satu persaingan paling sengit dalam bola sepak Eropah pada 25 Oktober apabila beliau mengendalikan perlawanan ‘Clasico’ pertamanya sejak kembali ke kelab itu, dengan pendahulu La Liga dan musuh ketat, Barcelona, menantinya di Camp Nou.
Tempoh pertama pengendali veteran Portugal itu di Madrid sebahagian besarnya ditentukan oleh usahanya untuk menamatkan dominasi...
JAKARTA: Indonesia mula mengurangkan eksport gas asli ke Singapura sebanyak 31 bilion unit terma British sehari (BBTUD) bermula 24 Oktober, ketika pemerintah Presiden Prabowo Subianto bertindak memberi keutamaan kepada keperluan tenaga domestik di tengah-tengah kebimbangan berhubung keselamatan tenaga.
Pengurangan yang menjejas bekalan gas yang disalurkan menerusi paip dari Natuna dan Sumatra, berlaku hanya beberapa hari selepas Menteri Tenaga dan Sumber...
Sebahagian besar ibu bapa dan golongan belia menyokong pendekatan berperingkat yang membenarkan akses media sosial berdasarkan kumpulan usia kanak-kanak.
Lebih separuh daripada golongan ini juga bersetuju bahawa kanak-kanak berusia enam tahun dan ke bawah tidak seharusnya mempunyai akses kepada media sosial.
Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) telah mengesan 65 aplikasi yang didapati mempunyai kandungan tidak sesuai atau berbahaya untuk orang awam.
Aplikasi tersebut yang ditawarkan di lima khidmat pengedaran aplikasi yang ditetapkan (D-ADS) utama di Singapura telah dikesan IMDA dalam satu usaha audit aplikasi, menurut Laporan Penilaian Keselamatan Dalam Talian (OSAR) bagi D-ADS, yang julung-julung kalinya diterbitkan pada 24 Oktober.
Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 Oktober membenarkan Perikatan Nasional (PN) menggantung pelaksanaan notis pembatalan pendaftarannya, membolehkan gabungan pembangkang itu bertanding menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, 14 November ini.
Namun, masa depan jenama politik PN itu dan sama ada ia masih boleh diselamatkan daripada dibatalkan, bergantung pada keputusan muktamad mahkamah kelak, walaupun Jabatan Pendaftaran...





