MINAT pada sukan bermotor yang menjadi impian sejak kecil menjadi antara pendorong utama bagi Ustaz Ruknuddin Zainor menjaga kesihatan.
Ini kerana untuk bergiat dalam sukan itu - yang melibatkan sesi "trackday" di litar - seseorang penunggang perlu menjaga kesihatan bagi memastikan dia mempunyai kekuatan mengendalikan jenteranya di litar, mempunyai stamina yang cukup dan kecerdasan minda untuk bertindak dan membuat keputusan...





