TOKYO: Sekurang-kurangnya tiga orang, termasuk seorang budak perempuan berusia sembilan tahun, terkorban manakala ramai lagi cedera dan dikhuatiri telah meninggal dunia selepas satu gempa bumi melanda Osaka pagi tadi (18 Jun).
Menurut perangkaan rasmi oleh pihak berkuasa sekitar 11.45 pagi tadi waktu tempatan (10.45 pagi waktu Singapura), sekurang-kurangnya 61 orang cedera.





