BERLIN: Penyokong Jerman menari dalam hujan di Berlin bagi meraikan kejayaan skuad juara bertahan itu mengelak daripada tersingkir awal pada kempen Piala Dunia dengan menewaskan Sweden 2-1 awal pagi tadi (24 Jun).
Mereka yang menyaksikan perlawanan itu menerusi tayangan skrin besar di Brandenburg Gate terpaksa menanti penuh debaran sebelum membaling payung selepas jaringan kemenangan Toni Kroos menyelamatkan Jerman.





