MENYUSULI proses pemilihan yang menyeluruh sepanjang enam bulan lalu, termasuk keputusan yang dicatatkan di kejohanan yang disertai, Singapore Bowling semalam mengumumkan nama 12 peserta - enam lelaki dan enam wanita - yang dipilih mewakili negara di temasya Sukan Asia Indonesia yang berlangsung pada Ogos ini.
Acara ini, yang akan diadakan di Pusat Bowling Jakabaring buat kali pertamanya, juga akan menyaksikan...






