CIK RAHAYU Mahzam (GRC Jurong) semalam mengongsi pengalamannya membesarkan seorang anak dengan Sindrom Down dan menyarankan beberapa cara bagi Singapura menjadi negara yang inklusif.
Antara lain, beliau mengusulkan agar sistem pendidikan Singapura menawarkan lebih peluang interaksi antara kanak-kanak berkeperluan khas dan tanpa berkeperluan khas, meningkatkan laluan kerjaya guru pendidikan khas, dan mengenal pasti awal pelajar dengan kesukaran pembelajaran.





