Pemain badminton dunia kini tiba di Singapura untuk bersiap sedia bagi pertandingan Badminton Terbuka Singapura tahun ini yang bakal diadakan di Stadium Tertutup Singapura mulai 17 hingga 22 Julai.
Walaupun pertandingan belum bermula, skuad badminton negara telah menerima berita baik bahawa dua daripada pemain simpanannya layak untuk bertanding dalam pusingan kelayakan.





