PERSATUAN Bola Sepak Singapura (FAS) pada Selasa (17 Julai) berkongsi pandangannya tentang isu penangguhan permulaan Perkhidmatan Negara (NS) pemain bola sepak muda Ben Davies dan berkata ia menyokong kuat permohonan pemain itu.
Dalam kenyataannya yang diterbitkan pada 11.05 malam, FAS berkata ia 'yakin bahawa kes ini layak diberikan pertimbangan serius, walau dalam rangka kerja Kementerian Pertahanan yang sedia ada'.





