BAGI mengiktiraf pencapaian cemerlang alumninya, Universiti Nasional Singapura (NUS) telah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Penganugerahan itu, yang disampaikan di kampus Kent Ridge NUS pada Selasa, dipengerusikan Presiden Singapura, Puan Halimah Yacob yang juga Canselor NUS.






