DENGAN menggelarkan dirinya 'Daddy', seorang teknisyen mula berbual dengan seseorang yang beliau fikir adalah budak perempuan berusia 15 tahun di dalam talian dan mengarahkannya untuk melakukan perbuatan seksual ke atas dirinya sendiri.
Muhammad Syazili Muhammad Noor Aal Toha kemudian meminta individu yang digelarnya 'Baby' itu untuk menghantarkan gambar kemaluan beliau kepadanya.





