HUBUNGAN dua hala antara Malaysia dan Singapura berada di tahap yang sangat baik, kata Menteri Luar baru Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah, kelmarin.
Beliau berkata kedua-dua pihak menganggap isu projek Rel Kelajuan Tinggi (HSR) dan perjanjian air 1962 sebagai isu yang perlu ditangani, tetapi tidak harus menjadi halangan untuk mengekalkan hubungan baik.





