SEORANG jururawat menumbuk muka bekas teman lelaki adik perempuannya semasa satu perbalahan keluarga sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan pada mukanya.
Muhammad Hadi Nuri, 28 tahun, menumbuk Encik Muhammad Ridwan Omar, 24 tahun, kerana merasakan bekas teman lelaki adiknya itu menunjukkan "muka yang angkuh" kepada ibunya.





