PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) memberi amaran terhadap tiga produk kesihatan terlarang setelah seorang lelaki berusia 70an tahun dimasukkan ke hospital baru-baru ini.
Tiga produk tersebut - Pil Raja Urat Asli, XXS xtraxtrasmall dan Best Nutrition Products Diabotica 550mg Capsules didapati mengandungi ramuan perubatan barat yang kuat yang tidak diisytiharkan.






