SETELAH mengecapi kejayaan dalam Piala Sultan Selangor edisi ke-16 tahun lalu di Hab Sukan Singapura, pasukan Pilihan Singapura berazam mempertahankan takhta tersebut semasa bertandang ke Stadium Shah Alam malam ini.
Pilihan Singapura, yang dipimpin jurulatih Marko Kraljevic, dianggotai para pemain daripada Liga Perdana Singapura.





