SYARIKAT perlu memastikan usaha meningkatkan proses menggunakan teknologi baru berjalan seiring dengan usaha melatih pekerja, kata Menteri Kewangan Heng Swee Keat.
"Semua syarikat harus melakukannya dan menjadikannya satu keutamaan agar pekerja kami boleh memanfaatkan teknologi baru dengan baik, dan syarikat boleh memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan produktiviti dan terus mewujudkan kehidupan lebih baik bagi pekerja," ujar Encik Heng.





