MUSNAH: Seorang lelaki berjalan di hadapan sebuah rumah yang musnah di kampung Teluk di Banten.
DuniaDec 26, 2018 | 3:34 PM

Tsunami Indonesia: Hujan lebat halang usaha bantuan

CARITA: Pada ulang tahun ke-14 gempa bumi dan tsunami Lautan Hindi yang melanda Aceh hari ini (26 Disember), Indonesia sedang bangkit daripada kemusnahan disebabkan tsunami yang mengorbankan lebih 400 orang di Banten Sabtu lalu.

Kawasan perkampungan tepi pantai yang terjejas dek tsunami itu dibasahi hujan lebat selama berjam-jam pagi tadi.

Lelaki berusia 51 tahun itu mengaku bersalah pada 7 September atas satu tuduhan rogol, satu tuduhan mencabul kehormatan dan satu tuduhan pecah amanah.
SingapuraNov 2, 2026 | 6:23 PM

Penjara 14 tahun bagi bapa rogol anak perempuan, serah diri lepas nampak mangsa di balai polis

Seorang lelaki yang merogol anak kandung perempuannya berusia 15 tahun di atas katil mangsa pada 2024 dijatuhi hukuman penjara 14 tahun pada 2 November.

Susulan kejadian rogol itu, mangsa bergegas lari ke balai polis untuk membuat laporan ketika bapanya sedang mandi.

Majlis Bandaran Marine Parade-Braddell Heights, nafikan dakwaan pekerja pembersihannya mengutip bekas minuman dari tong sampah, untuk memperoleh gaji berganda, Skim Pemulangan Bekas Minuman (BCRS)
SingapuraNov 2, 2026 | 5:51 PM

Majlis bandaran nafi dakwaan pekerja geledah tong sampah, kutip tin demi ‘gaji berganda’ menerusi BCRS

Majlis Bandaran Marine Parade-Braddell Heights menafikan dakwaan bahawa pekerja pembersihannya mengutip bekas minuman dari tong sampah untuk memperoleh “gaji berganda” menerusi Skim Pemulangan Bekas Minuman (BCRS).

Penjelasan itu dibuat selepas video yang dimuat naik pengguna TikTok, ‘jiatong888’, pada akhir Oktober tular, menunjukkan dua lelaki berpakaian seragam majlis bandaran itu memasukkan bekas minuman kosong dari beg sampah ke mesin pemulangan BCRS.

Perjanjian Dagangan Bebas Mercosur-Singapura (MCSFTA) menetapkan tatacara kastam yang lebih telus dan menyokong pelepasan kastam yang dipercepat bagi penghantaran ekspres dan barangan mudah rosak.
EkonomiNov 2, 2026 | 5:44 PM

S’pura, Argentina perkukuh hubungan dagang susulan perjanjian baru Amerika Selatan

Perjanjian Dagangan Bebas Mercosur-Singapura (MCSFTA), iaitu perjanjian perdagangan antara Singapura dengan sebuah blok utama Amerika Selatan, mula berkuat kuasa antara Singapura dengan Argentina pada 1 November.

Langkah itu menandakan “pencapaian penting dalam hubungan ekonomi Singapura” dengan Amerika Selatan, menurut kenyataan bersama Kementerian Tenaga, Perdagangan dan Perusahaan (METI) dan Kedutaan Argentina di Singapura pada 1 November.

Lebih 30 Anggota Parlimen (AP) telah mengemukakan lebih 50 soalan di Parlimen mengenai langkah Singapura menangani jerebu yang semakin buruk di negara ini pada awal September lalu.
SingapuraNov 2, 2026 | 5:27 PM

Lebih 50 soalan kaitan jerebu diaju di Parlimen minggu ini

Tindakan Singapura menangani jerebu dijangka menjadi antara perkara utama yang dibincangkan dalam Parlimen minggu ini, dengan tumpuan terhadap kuasa perundangan dan kawal selia yang dimiliki Singapura.

Lebih 30 Anggota Parlimen (AP) mengemukakan lebih 50 soalan mengenai langkah Singapura menangani jerebu yang semakin buruk pada awal September, paling teruk dalam tempoh lebih sedekad.

Penulis berpeluang menikmati keindahan perairan Haeundae dari dekat menerusi pengalaman menaiki kapal persiaran yang dianjurkan semasa lawatan pengenalan media ke Busan.
Gaya hidupNov 2, 2026 | 4:17 PM

Pengalaman unik teroka Busan menerusi landskap bunyi

Bunyi ombak menghempas pantai, kicauan burung dan dedaun yang berkeriut di bawah tapak kaki menjadi tumpuan saya ketika menyusuri kawasan berhampiran Pantai Haeundae di Busan, Korea Selatan.

Dengan menggunakan alat rakaman dan mikrofon, kami menyertai aktiviti ‘sound-walking’ yang membawa kami dari sebuah taman kecil menuju ke pesisir pantai sebelum memasuki laluan redup di Dongbaekseom.

Santunan Emas diperluas ke empat lagi masjid
Play Video

Dari Pulau Semakau ke Terumbu, cita rasa Orang Laut terus diwarisi
Play Video

2 maut selepas nahas di Tampines libat kereta, motosikal
Play Video

Kerja Bebas atau Gaji Terjamin: Foodpanda Lancar Skim Pekerja Tetap
Play Video

Kos Sara Hidup & Perumahan: Pasangan Kongsi Cabaran Bina Keluarga
Play Video