Mereka merupakan antara wanita Melayu/Islam yang berbakat dan berkebolehan di Singapura. Di samping cemerlang dalam bidang yang diceburi dan menyumbang kepada masyarakat, mereka membuktikan bahawa jantina bukan hambatan untuk mencapai kejayaan, berkat semangat dan usaha mereka sendiri. Bahkan, mereka turut membuktikan bahawa kaum Hawa juga mampu berjaya dalam pelbagai bidang yang turut disertai kaum Adam, sambil mengimbangi dengan peranan mereka...





