SELEPAS menamatkan zaman bujangnya pada 1 Januari lalu, pelakon dan usahawan muda Elfira Loy serta pasangannya, Muhammad Faris Khairol Anuar, disambut meriah tetamu dalam satu majlis persandingan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi (5 Januari).
Portal Media Hiburan melaporkan Elfira, yang nama sebenarnya ialah Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 24 tahun, mengenakan persalinan ilham pereka kesayangannya, Rizman Ruzaini.





