ENCIK Mohamad Hasri Abu Hasan pernah bekerja sebagai pegawai polis dalam sebuah unit lasak selama beberapa tahun sebelum meletak jawatan dan beralih kepada beberapa tugas lain.
Pekerjaan terakhirnya adalah sebagai eksekutif operasi di sebuah tempat penginapan pekerja binaan selama lapan tahun, dan sepanjang tempoh itu Encik Hasri tidak pernah mengambil cuti sakit.





