MESKIPUN penyaluran pelajar atau streaming akan ditiadakan, sistem baru pendidikan sekolah menengah akan tetap membuat penyesuaian yang mengambil kira pelbagai kekuatan pelajar, kata Menteri Pendidikan Ong Ye Kung semalam.
Bezanya, ini akan dilakukan di peringkat mata pelajaran, dan bukan di peringkat kursus seperti Normal (Teknikal), Normal (Akademik) dan Ekspres seperti sekarang.
Encik Ong berkata demikian untuk mengatasi keprihatinan ibu bapa...





