DUA lelaki dihadapkan ke mahkamah pada Selasa (14 Mei) kerana bersubahat dalam komplot cinta melalui Internet yang merentas sempadan, antara 2017 dengan tahun lalu.
Dalam kenyataannya pada malam Isnin, Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata ini adalah kali pertama suspek yang berpangkalan di luar negara dan terlibat dalam penipuan, ditangkap dan dihantar ke Singapura untuk menghadapi tuduhan.





