KEBANYAKAN mereka tidak pernah membuat kuih, namun semangat untuk sama-sama bertungkus-lumus menyiapkan 160 botol kuih tetap tegar dalam diri 60 sukarelawan pelbagai bangsa.
Sejak 10 pagi tadi (Sabtu, 18 Mei), para sukarelawan ini telah membuat kuih raya seperti kuih dahlia, suji, biskut ceri dan biskut mentega untuk diagihkan kepada 150 keluarga yang kurang berkemampuan.





