SERAMAI 140 pelajar dari Madrasah Aljunied Al-Islamiah bersama 35 pemandu teksi dan kereta sewa-privet daripada Persatuan Amal dan Ibadah (PADI) telah menyumbang tenaga dalam membantu mengumpul dana bagi Tabung Amal Aidilfitri (TAA).
Ini merupakan sebahagian usaha yang dijalankan TAA untuk menjalankan pungutan derma di masjid serata Singapura sewaktu solat Jumaat semalam.





