PELAJAR, ibu bapa, dan guru digalak mencalonkan guru Bahasa Inggeris, Sastera Inggeris atau Kertas Am yang cemerlang bagi Anugerah Guru Inggeris Berinspirasi 2019 dari 11 Februari hingga 5 April.
Anugerah itu mengiktiraf guru yang menunjukkan minat terhadap Bahasa Inggeris dan berkesan dalam membantu pelajar bertutur dan menulis dengan lebih baik.






