KABUL : Sekurang-kurangnya 63 orang mati manakala 182 lagi cedera dalam satu letupan yang menjadikan sebuah majlis perkahwinan sebagai sasaran di ibu negara Afghanistan itu, kata pihak berkuasa hari ini (Ahad, 18 Ogos).
Letupan terbabit yang berlaku lewat malam semalam di barat Kabul, terjadi ketika Washington dan Taliban memasuki peringkat akhir rundingan pengurangan jumlah tentera Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan.





