POLIS sedang mencari seorang lelaki yang melarikan diri dari Hospital Umum Singapura (SGH) selepas menyerahkan bayi perempuan berusia enam bulan, anak teman wanitanya, yang tidak sedarkan diri kepada seorang jururawat.
Menurut laporan Straits Times, polis dimaklumkan mengenai kes yang disyaki sebagai penderaan kanak-kanak di Hospital Besar Singapura (SGH) Sabtu lepas (24 Ogos) kira-kira pukul 1.40 petang.





