Dengan Singapura mempertingkat usaha menjadi masyarakat yang lebih inklusif, kini terdapat lebih banyak peluang bagi golongan berkeperluan khas kekal aktif dari segi ekonomi. Kerap kali golongan berkeperluan khas dibelenggu masalah jika dibebani tugasan yang payah atau di luar jangkaan serta keupayaan mereka. Kini terdapat pelbagai latihan untuk meningkat keupayaan pekerjaan bagi golongan berkeperluan khas, dan lebih peluang pekerjaan yang tersedia...





