PUTERA bongsu pemerintah Sharjah, Sheikh Khalid bin Sultan Al Qasimi, meninggal dunia Isnin lalu pada usia 39 tahun di London, menurut Pejabat Media Sharjah.
Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa bin Zayed bin Sultan Al Nahyan telah mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari apabila jenazah Allahyarham Khalid dihantar pulang. Bendera akan dikibarkan separuh tiang sepanjang tempoh berkabung itu, menurut...




