SEORANG warga Australia telah didakwa di mahkamah semalam kerana dipercayai terlibat dalam insiden melemparkan botol kaca dari tingkat tinggi kondominium sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki berusia 73 tahun.
Andrew Gosling, 47 tahun, yang bekerja dalam bidang teknologi maklumat, menghadapi satu tuduhan menyebabkan kematian kerana cuai.





