PESAWAT Singapore Airlines (SIA) tertangguh selepas melanggar burung semasa mendarat di Paris pagi Khamis lalu.
Jurucakap SIA berkata pesawat SQ336, sebuah Airbus A380 yang membawa 311 penumpang, telah melanggar beberapa ekor burung semasa ia mendarat di Lapangan Terbang Charles de Gaulle.
Gambar kejadian tersebut dimuatnaik dalam satu pos di Facebook yang menunjukkan bekas darah di sayap dan bahagian depan pesawat...




