Dek gagal membawa Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU), yang dipilih rakyat negara itu pada pungutan suara 2016, Perdana Menteri Theresa May meletak jawatan bulan lalu. Kira-kira 160,000 anggota Konservatif yang memerintah akan memilih pemimpin baru parti itu, yang membawa jawatan Perdana Menteri. Keputusannya akan diumum pada 27 Julai. Ia perlumbaan antara Setiausaha Luar Jeremy Hunt dan pendahulunya Boris Johnson.




