Seramai 26 kakitangan Yayasan Mendaki antara yang cedera selepas jambatan roboh di sebuah hotel 4.5 bintang , Montigo Resorts Nongsa di Batam pada Khamis (7 Nov).
Menurut kenyataan Mendaki pada Jumaat, 24 kakitangan mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar. Dua kakitangan pula akan menerima penjagaan perubatan lanjut di Singapura.





