AGENSI Makanan Singapura (SFA) menggantung lesen sebuah syarikat katering semalam (15 November) setelah beberapa masalah kebersihan dikesan dalam pemeriksaan di premisnya.
Antara masalah kebersihan di premis Namira Catering di Shimei East Kitchen Bedok North ialah kehadiran lipas dan tikus di beberapa tempat, serta cara mencairkan daging yang salah.





