PERMULAAN kerjaya pengacaraannya merupakan satu kebetulan.
Pada 2004, pengacara yang sepatutnya mengacara sebuah acara tidak hadir, Cik Marlissa Mokhtar yang ketika itu masih bekerja di Jamiyah Singapura, mengambil alih tugas tersebut.
PERMULAAN kerjaya pengacaraannya merupakan satu kebetulan.
Pada 2004, pengacara yang sepatutnya mengacara sebuah acara tidak hadir, Cik Marlissa Mokhtar yang ketika itu masih bekerja di Jamiyah Singapura, mengambil alih tugas tersebut.
Malaysia kehilangan tokoh Sasterawan Negara keempat, Datuk Seri A. Samad Said, yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 91 tahun di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pada 6.10 petang, 24 November.
Berita pemergian Allahyarham yang juga seorang penyair ke rahmatullah itu disahkan oleh anak keduanya, Encik Helmy Abdul Samad, menerusi perkongsian di media sosial.
“ ‘6.10. Innalillahi wainnailaihi rojiun’,” tulis Encik Helmi...
Sehingga 10 pelajar Melayu/Islam berpeluang menerima biasiswa bernilai $1,500 setiap satu, hasil kerjasama selama tiga tahun antara Yayasan Mendaki dengan Sekolah Tinggi Universiti Nasional Singapura (NUS High).
Dalam satu kenyataan oleh Mendaki pada 24 November, biasiswa bagi pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) turut menyediakan peluang bimbingan serta penglibatan bakat pelajar Melayu/Islam.
Setiap biasiswa boleh diperbaharui untuk...
Visi serta matlamat yang sehaluan untuk menyumbang kembali kepada masyarakat mendorong Berita Harian (BH) dan Singa Legends berganding bahu menganjurkan Kem Bola Sepak BH-Singa Legends, kata Pengerusi Singa Legends, Encik Farehan Hussein.
Menurutnya, bola sepak seharusnya menjadi jambatan yang membuka ruang buat semua kanak-kanak tanpa mengira latar belakang, selain mendedahkan generasi muda kepada barisan legenda tanah air yang pernah berjuang...
KUALA LUMPUR: Sistem Amaran Awal Nasional (MySiren) yang dilancarkan di Malaysia pada 23 November, hanya akan berfungsi menghantar pemberitahuan kepada pengguna, tanpa mempunyai sebarang akses kepada data peribadi pemilik peranti.
Menteri Komunikasi Malaysia, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata sistem dikendalikan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) itu, menggunakan teknologi Cell Broadcast System (CBS).
Menurutnya teknologi itu akan menyalurkan amaran secara...
Singapura menghormati keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam kes yang dibawa Gambia terhadap Myanmar di bawah Konvensyen Genosid, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura pada 24 November.
Pada 19 November, ICJ memutuskan bahawa Myanmar telah melakukan genosid, atau penghapusan bangsa, semasa kempen ketenteraannya di utara wilayah Rakhine pada 2017.
Dalam satu kenyataan media, kementerian itu menyatakan bahawa Singapura masih “amat...





