SEORANG remaja hanya ingin menyambut hari lahirnya bersama rakan-rakan di hotel, namun akibat salah faham, beliau dan rakan-rakannya diberkas dan ditahan lebih 14 jam.
Di Instagramnya, Cik Sharonia Paruntu berkongsi bahawa beliau ditahan polis selama 14 jam setelah bedak yang dibawa ke W Singapore di Sentosa Cove disalah anggap sebagai dadah oleh salah satu kakitangan hotel.





