LAGU kebangsaan, Majulah Singapura, diberi sentuhan suara serak basah legenda rok setempat Ramli Sarip (gambar kanan) di Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini. Bersama penyanyi lain, Ramli dan seorang lagi legenda muzik Rahimah Rahim turut melafazkan ikrar dan menyanyikan lagu Singapura Kita (Our Singapore).
Ramai yang teruja melihat Ramli menyampaikan lagu kebangsaan dengan penuh bersemangat bersama ribuan penonton. Ini juga...





